Selasa, 6 Januari 2015

Berjalan, Bermusafirlah.

Saya capai buku bertajuk " I want to be a writer "

Satu buku yang baru beberapa helaian saya baca. belum lagi ke kulit akhirnya.
Namun sudah cukup untuk saya katakan ia suatu gambaran yang praktikal tentang dunia penulisan.

Seorang penulis, perlu miliki satu hati. Meski dia berada dalam dua dunia,

Kata penulis " Andai hatimu sewangi mawar seperti tulisan mu, alangkah indahnya! "

Penulis memerlukan pemikiran dan pengetahuan yang meluas,

Saranan penulis " Jika mahu menjadi penulis , mengembaralah. Penulis tidak duduk di meja dan berangan-angan sahaja, tapi carilah yang ilmu yang bermanfaat untuk masyarakat "



Kembara.

Saya terlalu ingin mengembara. terutama ke tempat-tempat peninggalan sejarah. Saya ingin mengikuti sunnah-sunnah perjuangan orang-orang lalu mengutip mutiara-mutiara ilmu. Mengembara dan bermusafir.

Seperti yang dibayangkan. Tentu dan pasti dalam sebuah permusafiran akan menjemput banyak dugaan juga kepayahan.

Namun, ada ubat yang akan membuatkan kita kembali positif. Ingatlah kerana Penat itu sunnah, Susah itu juga sunnah.


Jika kita berasa beratnya sebuah perjuangan kehidupan, usahlah lemah kerana yang nyata Para Anbiya lagi berat ujian serta dugaan. Apa yang kita rasakan sudah cukup payah ini sebenarnya telah lama Para Anbiya dan para salalfussoleh melaluinya.



“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.” [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani]


Sungguh, mereka adalah dari kalangan Insan-insan  terbaik yang di Kasihi Allah serta Para penghuni di langit.  

Mereka adalah insan yang banyaknya bersabar. Apa sahaja bentuk ujian yang menimpa, mereka tetap bersabar. Dan kita selaku orang yang mengikuti mereka, maka tetaplah dengan jalan INI.

" Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar! 

( Surah Al-Baqarah 153 ) 

Penulisan adalah sebuah Pengembaraan

Umpama Dua hikmah yang mahal perolehan manfaatnya.

Dengan penulisan, Alam Yang Maha Indah dapat ditafsirkan
Dengan penulisan Kehidupan yang amat kompleks dapat dihuraikan

Bahagia, Derita, Suka dan Duka. dan kesemua bersilih ganti dalam dunia diri seorang manusia.
Justeru ia menjadikan mereka makhluk paling unik dalam proses pengembaraan  dan berkelana di Bumi Tuhan


  





 




 

Khamis, 11 Disember 2014

Insan itu Hamba-Mu




Nada dering telefon bimbitnya sungguh kuat.

Hampir semua orang dalam perpustakaan melihat ke arah telefon yang di charge di satu sudut.
Ada yang mencebik, ada yang merungut-rungut, ada yang marah-marah.
Memang, tiada siapa yang suka bunyi bising ketika dalam perpustakaan.
“Ish, hampir setengah jam ini, tak kan tiada tuan datang untuk tutup! “ Hati saya terusik sebab tak boleh fokus.
Jika diikutkan hati, mahu sahaja saya bangun dan tutup. Tapi bila fikir balik, erm.. tak jadi lah. Malu pula di tengah-tengah hot-spot –
Oleh itu, bersabar lah.
…………..
Tiba-tiba, bangkit seorang Pakcik ( kira-kira umur 60-an ) berselisih di tepi bucu meja saya,
Dengan bantuan tongkat, beliau perlahan-lahan ke arah telefon yang sedang ‘di-mark” oleh semua orang disitu. Dia ambil dan off bunyi telefon dan terus masukkan ke dalam poket baju melayunya.
Oh.. ( Sayu.. Rupanya Pakcik itu baru perasaan bunyi telefon dia – Mungkin juga beliau ada masalah pendengaran. )
 Semua mata-mata berpandangan sama sendiri.
Speachless.



Kejadian itu berlaku dua bulan lepas, Namun, hingga kini saya belum lagi ada kekuatan nak bersapa dengannya , biarpun setiap hari saya akan perhatikan beliau ketika dalam perpustakaan.
Hari ini, Pakcik itu datang lagi, kali ini mejanya betul-betul mengadap saya.  Bersama-sama nya dibawa beg kain sandang tepi bahu, lalu dikeluarkan Charger Laptop yang dibungkus dengan Plastik, dan laptop yang berbalut dengan kotak.

Allahuu..:(
Ampunkan hamba, jika nikmat yang Engkau berikan ini semakin membuatkan hamba alpa.
Terima Kasih Allah, berikan saya lihat sebuah kehidupan  yang terus dariMu.
Doa saya.. Semoga Pakcik ini Bergraduan sama dengan saya nanti. Insya-Allah. Ameen

Nota :  Ada banyak cara Allah mahu menegur kita. Salah satu adalah melalui insan-insan di sekeliling kita. Bukankah Indah Kalimah Tuhan-Mu ini

:: LEE TA’A RAFU ::


Jumaat, 28 November 2014

Yang Terindah ( Episod 1 )


"Macam mana kita mahu ingat apa yang dipelajari ya "? tanya Suhana
"Kadangkala lupa, bila sudah lupa, terus hilang!" Getus Nora
" Bukan setakat itu je, ada ke patut, Yaa jadi Wau!, itu pun cucu tolong tegur!" balas Anisah

Haru sungguh!, Kritikal kita ni.. ( gelak berjemaah )

Begitulah gelagat kelas mengaji Al-Quran Ustazah Nuur Aliyaah. Sentiasa hangat dengan cerita pengalaman makcik-makcik yang pencen baru khatam Iqra' satu.

Sebagai guru, beliau berasa bangga dengan mereka, biarpun Suhana, Nora dan Anisah sudah memasuki berusia emas, namun kegigihan yang ditunjukkan mengalahkan orang muda, dapat sahaja satu perkataan, balik terus hafal, ulang, kadang melatah pun terkeluar huruf-huruf hijaiyyah. bersemangat sekali.

Terhibur!

Lalu Ustazah Nur Aliyaah pun mengungkapkan bait-bait syair daripada Imam Asy Syafi’i
الْعِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ
Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya
قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِالْحِبَالِ الْوَاثِقَهْ
Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat
فَمِنَ الْحَمَاقَةِ أَنْ تَصِيْدَ غَزَالَةً
Termasuk kebodohan kalau engkau memburu kijang
وَتَتْرُكَهَا بَيْنَ الْخَلاَئِقِ طَالِقَهْ
Setelah itu kamu tinggalkan terlepas begitu saja

Ok, oleh itu mari kita banyakkan menulis, sepaya ilmu itu terus lekat dan supaya ia tidak keluar-keluar lagi.Kalau nak dan praktikal lebih mudah , balik nanti tampal di depan pintu peti ais, nak masak terus boleh hafal.

Oooh, begitu, Baiklah Ustazah!. Jawab mereka serentak.



 Setelah bertungkus lumus hampir satu jam setengah, maka, siaplah hasil kerja mereka dengan beberapa pembetulan. Sejurus selepas semua sudah siap, kelas pun ditangguhkan dengan doa tilawah.

 Maka berlakulah satu lagi sesi yang menjadi rutin yang menjadi kegemaran semua pelajar-pelar kelas mengaji Ustazah Nuur Aliyaah.


Makan-makan!

Jemput makan Ustazah, Harini kami masak pulut kuning aje.!



.............................. Bersambung.................................










Sabtu, 28 September 2013

Kadang-Kadang Aje..


Suatu hari, seorang sahabat bertanya..
Awak Ada Blog tak?Jom kita mula menulis Blog nak?
Ermm.. Dah Ada..jawab saya dengan nada yang perlahan je,

Eh, macam mana awak ada blog?
Apa 'Adress' nya, bagi saya tengok.Bersemangat sungguh beliau!

Erm.. Tak perlu kot, saya suka tulis aje, kadang-kadang rajin.. Dan Paling banyak tidak rajin la..

Janganlah begitu, kita sebaiknya tulislah sesuatu untuk memberi manafaat kepada Ummah, Bukan kah itu juga satu cara dari cara-cara yang banyak utk dapatkan pahala..Begitu panjang sahabat saya bersyarah..( Hakikatnya benda yang acap kali kita dengari juga kan..)

Oklah.. Saya tulis, tapi saya hanya untuk saya sahaja baca. Boleh tak begitu??

Oh. Pening, ada tak orang buat Blog, tak nak bagi Orang lain baca??? dia dengan semangat nya menyoal!

Ya, ada.. sayala! hheheh..

p/s : Maafkan saya sahabat, saya faham.. InsyAllah, moga Allah berikan kekuatan kepada saya ya, lagipun saya masih rasa rendah diri.. Dan selamat mencari BLOG saya!..=)



Doakan saya tau!







Sabtu, 21 September 2013

Buat Sang Murobbi Hati.


Berat untuk ku ungkapkan dengan kata-kata
Sama berat dengan perasaan di jiwa..
Menafsirkan apa cita-cita yang di tanam di hati
Namun  harus ku luahkan agar kita saling memahami

Ketahuilah, hati ini memberontak, berkocak melihat ummah
Yang kian punah dimamah massa
Anak-anak generasi yang meliar tanpa pelihara
Yang rebung menjadi buluh tanpa didikan agama

Sungguh hati ini terasa syahdu bertambah pilu..
Adakah ini penghujung jalan nanti?
Generasi yang terbiasa dengan mungkar
Meniti hari-hari menjadi dewasa.

Demi Agama, pegangan aqidah ku,
Demi Zuriat keturunan ku,
Demi Nyawa dan Maruah bangsa ku..
Demi segala nya..
Izinkanlah daku memilih jalan ini
Agar Hidup dan matiku Hanya di-Infaqkan kerana-Mu

 


Rabu, 17 April 2013

EMAS yang disayangi



Berhabuk dari diari lama,
Catatan Bertarikh : 17 April 2013
 


Hari ini seperti yang dijanjikan bersama Persatuan Sahabat dan Sekretariat Ziarah ,kami akan menziarahi  rumah  jagaan warga Tua lelaki di Kajang. Terus terang, inilah pertama kali ikut menziarah ke tempat sebegini dan saya kurang pengetahuan mengenainya,tetapi cuba mengambil ‘side’ sebagai pengalaman baru,  sememangnya bersembang dengan warga emas ini kegemaran saya.

Dapur destinasi utama

Sampai sahaja di perkarangan rumah jagaan Siti Noraini, saya terus meluru ke bahagian dapur, mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita lebih selesa meninjau keadaan dapur, di sana sempat berkenalan dengan beberapa pelajar dari Kolej Mara Banting yang sedang membuat kerja amal disini. Saya juga diberitahu oleh warden meerka bahawa pihak kolej telah mengadakan ‘MOU’ bersama Rumah Jagaan ini untuk latihan amal pelajar-pelajar mereka, sebelum mereka ‘fly’ ke luar negara bertugas di bahagian perubatan.

sedap dan berkhasiat sandwich mereka ni

Pakcik Simpang Lima
Di satu sudut,saya memilih untuk duduk berhampiran seorang pakcik.

Dik..oh dik.. Bila sampai? Saya terkejut satu suara kuat memanggil saya, dengan jujur saya menjawab, Oh..Baru  aje Pakcik,

“ Dah jam Berapa ni? “ Dia terus bertanya lagi, “ Jam 11 pagi Pakcik” sambil saya hairan..
Ooo, Dari Kolumpo ke ni ramai-ramai? Pak cik tadi yang agak kuat suaranya bertanya saya, “ Ye,. Pakcik.”

Oohh, Umur berapa dik? Udah Kawin ke?  Bersungguh dia Tanya, macam serius.
Kali ni saya senyum aje,, ermm…emmm… Dalam hati,Apa ya nak jawab ni..

Kemudian, saya cepat-cepat alih, Pakcik angkat tangan, kita nak baca doa ni, saya membuat gaya angkat tangan kerana ada ustaz dari rombongan kami memulakan majlis dengan doa.


“Eh, kalau udah kawin kenapa idok pakai cincin!,” Pakcik tadi menambah lagi, rupanya dia perasan!.

“ Pakcik..saya belum kawin lagi, saya masih sekolah” Jawab saya yang masih kurang pasti kenapa dia begitu.

Senyum je lah. =)


Itulah kisah Pakcik Johari, yang katanya berasal dari Simpang Lima.  Sepanjang berbual dengan beliau, tidak diceritakan mengenai keluarganya, hanya berulang kali beliau katakan rumahnya di simpang lima. Pakcik ni juga banyak bertanya, itu dan ini, sehingga saya terpaksa memberikan dia gula-gula mentos untuk dia berhenti bercakap.

             Pak Cik Johari yang suka bertanya, mulutnya tertutup sebab tengah mengunyah mentos!

Ehsan yang makin luput

Mungkin kita selalu dengar mengenai pepatah orang melayu dan suka menyebutkan:

“Emak seorang dapat menjaga sepuluh orang anak, tetapi seorang anak belum tentu lagi dapat jaga seorang Emak atau ayah bila sudah tua.”

Kebiasaan sebegini dalam institusi masyarakat sebenarnya telah menghakis budaya menghormati warga tua. Kerana ketidak upayaan mereka dianggap sebagai bebanan oleh anak-anak dan  disebabkan itu, mereka akan ditinggalkan di hospital tanpa waris, di tepi jalan, longgokkan sampah dan banyak lagi tempat yang tidak sewajarnya bagi seorang insan untuk hidup!

Sumber yang saya dapati daripada anak pemilik rumah ini, kebanyakkan warga tua dari hospital kerajaan di seluruh Selangor yang ditinggalkan waris, pihak hospital tidak dapat menghubungi waris kerana alamat yang diberikan salah.

Barangkali inilah salah satu penyebab kewujudan rumah orang-orang tua di Malaysia.

Muhasabah buat kita

Ingatkan pesanan Rasulullah untuk pedoman kita, hakikatnya kita jua menuju ke usia emas seperti mereka,

Daripada  Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)


Note : Biar bagaimana pun Ibu dan Ayah, Merekalah ibu dan merekalah ayah kita, Anugerah dari Allah buat kita, tanpa salah seorang daripada mereka, tiadalah harapan untuk kita lahir ke dunia ini.

ok, ingat itu sahabat.



Khamis, 28 Mac 2013

PEMURTADAN PERAK-MAN!



Dahulu, Di sekolah menengah saya pernah gempar dengan isu ini. kelam kabut semua orang. Seorang guru kaunselor memberikan ' teknik menenangkan jiwa' kepada seorang pelajar dengan minuman yang ' suci '

Saya tak peduli apa sahaja enakmen sama-ada cubaan, Pujukan, sengaja, pura-pura, atau pun suka-suki untuk MURTAD!!

Allah!
Mana mungkin ya Allah, Ad-din di dijual-belikan. Tetapi memang ada perjualan itu. kepada sesiapa sahaja. tidakkah kita perhatikan kata-kata Allah yang sudah lama, sudah lama ingatkan kita..


"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Tapi KENAPA Umat Islam macam rasa ' selamat' je?
Selamat itu sebab hanya diri dan keluarga mereka sahaja dikalangan yang OK. cuba perhatikan jiran, rakan, anak-anak muda. bagaimanakah status Islam mereka?

Tidakkah itu menjaga tepi kain orang ?
Kain Umat Islam WAJIB di jaga!
 " Barang siapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukanlah dari kalangan kami"  




p/s : Sekolah menengah saya  di Hulu Perak, Moga Allah pelihara ' Perak Man' ( Rakyat Perak ) yang makin  miskin dengan penghayatan Islam.

p/s/s : MURTAD, saya tidak ' berminat' dengan pandangan politik yang menjuak-kan. saya cuma risaukan anak muda, generasi dan Ummat !