Nada dering
telefon bimbitnya sungguh kuat.
Hampir
semua orang dalam perpustakaan melihat ke arah telefon yang di charge di satu
sudut.
Ada yang
mencebik, ada yang merungut-rungut, ada yang marah-marah.
Memang,
tiada siapa yang suka bunyi bising ketika dalam perpustakaan.
“Ish,
hampir setengah jam ini, tak kan tiada tuan datang untuk tutup! “ Hati saya
terusik sebab tak boleh fokus.
Jika
diikutkan hati, mahu sahaja saya bangun dan tutup. Tapi bila fikir balik, erm..
tak jadi lah. Malu pula di tengah-tengah hot-spot –
Oleh itu, bersabar
lah.
…………..
Tiba-tiba,
bangkit seorang Pakcik ( kira-kira umur 60-an ) berselisih di tepi bucu meja
saya,
Dengan
bantuan tongkat, beliau perlahan-lahan ke arah telefon yang sedang ‘di-mark”
oleh semua orang disitu. Dia ambil dan off bunyi telefon dan terus masukkan ke
dalam poket baju melayunya.
Oh.. (
Sayu.. Rupanya Pakcik itu baru perasaan bunyi telefon dia – Mungkin juga beliau
ada masalah pendengaran. )
Semua mata-mata berpandangan sama sendiri.
Speachless.
Kejadian itu
berlaku dua bulan lepas, Namun, hingga kini saya belum lagi ada kekuatan nak
bersapa dengannya , biarpun setiap hari saya akan perhatikan beliau ketika
dalam perpustakaan.
Hari ini,
Pakcik itu datang lagi, kali ini mejanya betul-betul mengadap saya. Bersama-sama nya dibawa beg kain sandang tepi
bahu, lalu dikeluarkan Charger Laptop yang dibungkus dengan Plastik, dan laptop
yang berbalut dengan kotak.
Allahuu..:(
Ampunkan
hamba, jika nikmat yang Engkau berikan ini semakin membuatkan hamba alpa.
Terima Kasih
Allah, berikan saya lihat sebuah kehidupan yang terus dariMu.
Doa saya..
Semoga Pakcik ini Bergraduan sama dengan saya nanti. Insya-Allah. Ameen
Nota : Ada banyak cara Allah mahu menegur kita.
Salah satu adalah melalui insan-insan di sekeliling kita. Bukankah Indah
Kalimah Tuhan-Mu ini
:: LEE TA’A
RAFU ::