Khamis, 11 Disember 2014

Insan itu Hamba-Mu




Nada dering telefon bimbitnya sungguh kuat.

Hampir semua orang dalam perpustakaan melihat ke arah telefon yang di charge di satu sudut.
Ada yang mencebik, ada yang merungut-rungut, ada yang marah-marah.
Memang, tiada siapa yang suka bunyi bising ketika dalam perpustakaan.
“Ish, hampir setengah jam ini, tak kan tiada tuan datang untuk tutup! “ Hati saya terusik sebab tak boleh fokus.
Jika diikutkan hati, mahu sahaja saya bangun dan tutup. Tapi bila fikir balik, erm.. tak jadi lah. Malu pula di tengah-tengah hot-spot –
Oleh itu, bersabar lah.
…………..
Tiba-tiba, bangkit seorang Pakcik ( kira-kira umur 60-an ) berselisih di tepi bucu meja saya,
Dengan bantuan tongkat, beliau perlahan-lahan ke arah telefon yang sedang ‘di-mark” oleh semua orang disitu. Dia ambil dan off bunyi telefon dan terus masukkan ke dalam poket baju melayunya.
Oh.. ( Sayu.. Rupanya Pakcik itu baru perasaan bunyi telefon dia – Mungkin juga beliau ada masalah pendengaran. )
 Semua mata-mata berpandangan sama sendiri.
Speachless.



Kejadian itu berlaku dua bulan lepas, Namun, hingga kini saya belum lagi ada kekuatan nak bersapa dengannya , biarpun setiap hari saya akan perhatikan beliau ketika dalam perpustakaan.
Hari ini, Pakcik itu datang lagi, kali ini mejanya betul-betul mengadap saya.  Bersama-sama nya dibawa beg kain sandang tepi bahu, lalu dikeluarkan Charger Laptop yang dibungkus dengan Plastik, dan laptop yang berbalut dengan kotak.

Allahuu..:(
Ampunkan hamba, jika nikmat yang Engkau berikan ini semakin membuatkan hamba alpa.
Terima Kasih Allah, berikan saya lihat sebuah kehidupan  yang terus dariMu.
Doa saya.. Semoga Pakcik ini Bergraduan sama dengan saya nanti. Insya-Allah. Ameen

Nota :  Ada banyak cara Allah mahu menegur kita. Salah satu adalah melalui insan-insan di sekeliling kita. Bukankah Indah Kalimah Tuhan-Mu ini

:: LEE TA’A RAFU ::


Jumaat, 28 November 2014

Yang Terindah ( Episod 1 )


"Macam mana kita mahu ingat apa yang dipelajari ya "? tanya Suhana
"Kadangkala lupa, bila sudah lupa, terus hilang!" Getus Nora
" Bukan setakat itu je, ada ke patut, Yaa jadi Wau!, itu pun cucu tolong tegur!" balas Anisah

Haru sungguh!, Kritikal kita ni.. ( gelak berjemaah )

Begitulah gelagat kelas mengaji Al-Quran Ustazah Nuur Aliyaah. Sentiasa hangat dengan cerita pengalaman makcik-makcik yang pencen baru khatam Iqra' satu.

Sebagai guru, beliau berasa bangga dengan mereka, biarpun Suhana, Nora dan Anisah sudah memasuki berusia emas, namun kegigihan yang ditunjukkan mengalahkan orang muda, dapat sahaja satu perkataan, balik terus hafal, ulang, kadang melatah pun terkeluar huruf-huruf hijaiyyah. bersemangat sekali.

Terhibur!

Lalu Ustazah Nur Aliyaah pun mengungkapkan bait-bait syair daripada Imam Asy Syafi’i
الْعِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ
Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya
قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِالْحِبَالِ الْوَاثِقَهْ
Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat
فَمِنَ الْحَمَاقَةِ أَنْ تَصِيْدَ غَزَالَةً
Termasuk kebodohan kalau engkau memburu kijang
وَتَتْرُكَهَا بَيْنَ الْخَلاَئِقِ طَالِقَهْ
Setelah itu kamu tinggalkan terlepas begitu saja

Ok, oleh itu mari kita banyakkan menulis, sepaya ilmu itu terus lekat dan supaya ia tidak keluar-keluar lagi.Kalau nak dan praktikal lebih mudah , balik nanti tampal di depan pintu peti ais, nak masak terus boleh hafal.

Oooh, begitu, Baiklah Ustazah!. Jawab mereka serentak.



 Setelah bertungkus lumus hampir satu jam setengah, maka, siaplah hasil kerja mereka dengan beberapa pembetulan. Sejurus selepas semua sudah siap, kelas pun ditangguhkan dengan doa tilawah.

 Maka berlakulah satu lagi sesi yang menjadi rutin yang menjadi kegemaran semua pelajar-pelar kelas mengaji Ustazah Nuur Aliyaah.


Makan-makan!

Jemput makan Ustazah, Harini kami masak pulut kuning aje.!



.............................. Bersambung.................................