Jumaat, 28 November 2014

Yang Terindah ( Episod 1 )


"Macam mana kita mahu ingat apa yang dipelajari ya "? tanya Suhana
"Kadangkala lupa, bila sudah lupa, terus hilang!" Getus Nora
" Bukan setakat itu je, ada ke patut, Yaa jadi Wau!, itu pun cucu tolong tegur!" balas Anisah

Haru sungguh!, Kritikal kita ni.. ( gelak berjemaah )

Begitulah gelagat kelas mengaji Al-Quran Ustazah Nuur Aliyaah. Sentiasa hangat dengan cerita pengalaman makcik-makcik yang pencen baru khatam Iqra' satu.

Sebagai guru, beliau berasa bangga dengan mereka, biarpun Suhana, Nora dan Anisah sudah memasuki berusia emas, namun kegigihan yang ditunjukkan mengalahkan orang muda, dapat sahaja satu perkataan, balik terus hafal, ulang, kadang melatah pun terkeluar huruf-huruf hijaiyyah. bersemangat sekali.

Terhibur!

Lalu Ustazah Nur Aliyaah pun mengungkapkan bait-bait syair daripada Imam Asy Syafi’i
الْعِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ
Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya
قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِالْحِبَالِ الْوَاثِقَهْ
Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat
فَمِنَ الْحَمَاقَةِ أَنْ تَصِيْدَ غَزَالَةً
Termasuk kebodohan kalau engkau memburu kijang
وَتَتْرُكَهَا بَيْنَ الْخَلاَئِقِ طَالِقَهْ
Setelah itu kamu tinggalkan terlepas begitu saja

Ok, oleh itu mari kita banyakkan menulis, sepaya ilmu itu terus lekat dan supaya ia tidak keluar-keluar lagi.Kalau nak dan praktikal lebih mudah , balik nanti tampal di depan pintu peti ais, nak masak terus boleh hafal.

Oooh, begitu, Baiklah Ustazah!. Jawab mereka serentak.



 Setelah bertungkus lumus hampir satu jam setengah, maka, siaplah hasil kerja mereka dengan beberapa pembetulan. Sejurus selepas semua sudah siap, kelas pun ditangguhkan dengan doa tilawah.

 Maka berlakulah satu lagi sesi yang menjadi rutin yang menjadi kegemaran semua pelajar-pelar kelas mengaji Ustazah Nuur Aliyaah.


Makan-makan!

Jemput makan Ustazah, Harini kami masak pulut kuning aje.!



.............................. Bersambung.................................










Tiada ulasan:

Catat Ulasan