Khamis, 6 Mei 2010


Sebelum menulis kembali apa yang telah di tulis oleh John Maxwell dalam bukunya 360 ( darjah ) pemimpin ini, saya merenung kepada tajuknya dalam prinsip ke lima berbunyi " memupuk hubungan yang serasi "

Kata John Maxwell : Perhubungan adalah asas kepada semua kepimpinan yang hebat. Orang lain tidak akan sudi mengikut kita sekiranya mereka tidak suka akan kita, semua ini perlu sama ada kita memimpin pegawai atasan mahu pun bawahan. kunci bagi membina keserasian adalah membina hubungan dengan meraka. sekiranya kita belajar menyesuaikan diri dengan personaliti pemimpin dan dalam masa yang sama masih mengekalkan diri dan intergriti kita, kita akan dapat memimpin mereka.

pemimpin yang mudah didekati akan mudah diikuti( konsisten )

Ada yang berpandangan bahawa sifat konsisten itu hampir tidak ada dalam kamus hidup manusia, kerana sifat itu sendiri bertentangan dengan alam semula jadi, juga dengan fitrah manusia.pendek kata bukan mudah mahu menjadi seorang yang konsisten. Lebih kritikal lagi, Aldous Huxley kata,orang yang sempurna sifat konsistennya sudah pun mati.

Pemimpin yang dikagumi akan mempunyai ramai pengikut ( komited )

pernah tak kita terbayangkan wajah-wajah pemimpin kita yang mempunyai komitmen yang tinggi dalam kepimpinan mereka?. pasti kita akan membayangkan kehidupan mereka yang sanggup berkorban demi mempertahankan prinsip mereka, semua itu adalah bayangan biasa bagi mereka-mereka yang mempunyai pengaruh.

Konsisten dan Komited dalam Islam pula bagaimana?

Hampir kesemua surah dalam al Quran menbicarakan mengenai erti PEMIMPIN, kepimpinan mahupun hikayat seorang pemimpin. tetapi hairan kenapa perkara ini tidak di aplikasikan dengan baik oleh penganutnya.. Al Quran menukilkan kata melalui surah as Sajadah ayat 24 :
 
-->
Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.
Ummat Islam  sudah tahu bahawa konsisten adalah istiQamah dalam amalan yang di seru oleh penciptanya, amalan Istiqamah pula  memerlukan mujahadah yang tinggi  oleh setiap manusia . pada masa yang sama keadaan Fitrah manusia yang kadang kala imannya meninggi dan menurun. namun perkara ini dapat dipraktikkan dan menjadi perkara yang mudah bagi mereka-mereka yang beriman. jika mahu di fikir logiknya, mana mungkin fitrah kesusahan itu dapat bertukar menjadi amalan kebiasaan hanya kerana penangan buah mujahadah.
menelusuri ayat-ayat alQuran yang menerangkan prasa komited pula, dapat kita perhatikan melalui surah yang memperihalkan soal jihad. 
Maka tatkala Thalut keluar membawa tentaranya, ia berkata: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan suatu sungai. Maka siapa di antara kamu meminum airnya; bukanlah ia pengikutku. Dan barangsiapa tiada meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka dia adalah pengikutku." Kemudian mereka meminumnya kecuali beberapa orang di antara mereka. Maka tatkala Thalut dan orang-orang yang beriman bersama dia telah menyeberangi sungai itu, orang-orang yang telah minum berkata: "Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tentaranya." Orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah, berkata: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar."
semua ini tercatat dalam buku itu, yakni al Quran al karim..




Jumaat, 30 April 2010

HAMBA-MU

Saya mahu mula menulis..
saya mahu jadi penulis..
hanya menulis..
cuma menulis..

Teringat pesanan Ulama' Nusantara yang amat ku hormati,

"Yang sulit saja tidak ada!
Yang mudah saja pun tidak ada!
Dalam susah berisi senang, dalam senang berisi susah; itulah perjuangan hidup."
- Hamka.