Rabu, 17 April 2013

EMAS yang disayangi



Berhabuk dari diari lama,
Catatan Bertarikh : 17 April 2013
 


Hari ini seperti yang dijanjikan bersama Persatuan Sahabat dan Sekretariat Ziarah ,kami akan menziarahi  rumah  jagaan warga Tua lelaki di Kajang. Terus terang, inilah pertama kali ikut menziarah ke tempat sebegini dan saya kurang pengetahuan mengenainya,tetapi cuba mengambil ‘side’ sebagai pengalaman baru,  sememangnya bersembang dengan warga emas ini kegemaran saya.

Dapur destinasi utama

Sampai sahaja di perkarangan rumah jagaan Siti Noraini, saya terus meluru ke bahagian dapur, mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita lebih selesa meninjau keadaan dapur, di sana sempat berkenalan dengan beberapa pelajar dari Kolej Mara Banting yang sedang membuat kerja amal disini. Saya juga diberitahu oleh warden meerka bahawa pihak kolej telah mengadakan ‘MOU’ bersama Rumah Jagaan ini untuk latihan amal pelajar-pelajar mereka, sebelum mereka ‘fly’ ke luar negara bertugas di bahagian perubatan.

sedap dan berkhasiat sandwich mereka ni

Pakcik Simpang Lima
Di satu sudut,saya memilih untuk duduk berhampiran seorang pakcik.

Dik..oh dik.. Bila sampai? Saya terkejut satu suara kuat memanggil saya, dengan jujur saya menjawab, Oh..Baru  aje Pakcik,

“ Dah jam Berapa ni? “ Dia terus bertanya lagi, “ Jam 11 pagi Pakcik” sambil saya hairan..
Ooo, Dari Kolumpo ke ni ramai-ramai? Pak cik tadi yang agak kuat suaranya bertanya saya, “ Ye,. Pakcik.”

Oohh, Umur berapa dik? Udah Kawin ke?  Bersungguh dia Tanya, macam serius.
Kali ni saya senyum aje,, ermm…emmm… Dalam hati,Apa ya nak jawab ni..

Kemudian, saya cepat-cepat alih, Pakcik angkat tangan, kita nak baca doa ni, saya membuat gaya angkat tangan kerana ada ustaz dari rombongan kami memulakan majlis dengan doa.


“Eh, kalau udah kawin kenapa idok pakai cincin!,” Pakcik tadi menambah lagi, rupanya dia perasan!.

“ Pakcik..saya belum kawin lagi, saya masih sekolah” Jawab saya yang masih kurang pasti kenapa dia begitu.

Senyum je lah. =)


Itulah kisah Pakcik Johari, yang katanya berasal dari Simpang Lima.  Sepanjang berbual dengan beliau, tidak diceritakan mengenai keluarganya, hanya berulang kali beliau katakan rumahnya di simpang lima. Pakcik ni juga banyak bertanya, itu dan ini, sehingga saya terpaksa memberikan dia gula-gula mentos untuk dia berhenti bercakap.

             Pak Cik Johari yang suka bertanya, mulutnya tertutup sebab tengah mengunyah mentos!

Ehsan yang makin luput

Mungkin kita selalu dengar mengenai pepatah orang melayu dan suka menyebutkan:

“Emak seorang dapat menjaga sepuluh orang anak, tetapi seorang anak belum tentu lagi dapat jaga seorang Emak atau ayah bila sudah tua.”

Kebiasaan sebegini dalam institusi masyarakat sebenarnya telah menghakis budaya menghormati warga tua. Kerana ketidak upayaan mereka dianggap sebagai bebanan oleh anak-anak dan  disebabkan itu, mereka akan ditinggalkan di hospital tanpa waris, di tepi jalan, longgokkan sampah dan banyak lagi tempat yang tidak sewajarnya bagi seorang insan untuk hidup!

Sumber yang saya dapati daripada anak pemilik rumah ini, kebanyakkan warga tua dari hospital kerajaan di seluruh Selangor yang ditinggalkan waris, pihak hospital tidak dapat menghubungi waris kerana alamat yang diberikan salah.

Barangkali inilah salah satu penyebab kewujudan rumah orang-orang tua di Malaysia.

Muhasabah buat kita

Ingatkan pesanan Rasulullah untuk pedoman kita, hakikatnya kita jua menuju ke usia emas seperti mereka,

Daripada  Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:
Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)


Note : Biar bagaimana pun Ibu dan Ayah, Merekalah ibu dan merekalah ayah kita, Anugerah dari Allah buat kita, tanpa salah seorang daripada mereka, tiadalah harapan untuk kita lahir ke dunia ini.

ok, ingat itu sahabat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan